Terma dan Syarat


Terma & Syarat Pengiklanan
  1. Kami menerima semua iklan daripada pihak pengiklan kecuali iklan-iklan berikut:
    -   Perkara yang diiklankan mengandungi perkara-perkara yang tidak syariah dan terlarang seperti pornografi, dadah, bahan memabukkan, perjudian dan perkara-perkara yang dilarang dalam undang-undang Kerajaan Malaysia.
    -   Pengiklanan perkara-perkara penipuan seperti skim cepat kaya atau "Phishing" link bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi.
    -   Pengiklanan yang menggunakan gambar-gambar tidak bermoral atau ayat-ayat yang tidak bermoral seperti  menggunakan gambar lucah atau ayat lucah.
    -   Pengiklanan yang bertujuan untuk memalukan atau merendah-rendahkan sesuatu pihak lain.
  2. Kami tidak bertanggungjawab atas segala isi atau link yang diberi oleh pihak pengiklan samada dari segi kualiti atau jumlah pelawat.
  3. Gambar, Video Youtube (Embed Code), teks dan apa-apa iklan disediakan oleh pihak pengiklan sendiri  
  4. Tempoh pengiklanan adalah untuk tempoh 3 bulan dan perlu diperbaharui apabila tamat tempohnya, jika tidak iklan tersebut akan dipadam secara  automatik.
  5. Pihak pengiklan dibenarkan membuat permohonan untuk mengubahsuai iklannya dalam tempoh pengiklanan
  6. Pihak pengiklan boleh membatalkan pengiklanannya sebelum tempoh tamat
  7. Kami berhak menolak sesebuah iklan dengan apa jua sebab dan juga berhak menamatkan kontrak pengiklanan sekiranya pihak pengiklan melanggar peraturan syarat-syarat pengiklanan.
  8. Pihak pengiklan boleh memilih untuk mengiklankan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.
  9. Kami tidak bertanggungjawab di atas maklumat yang disediakan oleh pihak pengiklan atau apa-apa kesan yang berlaku ke atas perniagaan pengiklan.
  10. Kami tidak bertanggungjawab terhadap produk/perkhidmatan atau kualiti produk/perkhidmatan yang diberikan oleh pihak pengiklan. Ini termasuk sebarang isu dalam proses penghantaran.
  11. Segala syarat di atas adalah benar buat masa ini, walaubagaimanapun kami berhak meminda terma dan syarat ini pada masa hadapan tanpa memberi notis terlebih dahulu.
  12. Dengan tersiarnya iklan daripada pihak pengiklan di sini, pihak pengiklan dianggap telah menerima terma dan syarat ini kerana pembayaran telah pun dibuat.
  13. Kami berhak membatalkan mana-mana iklan jika pihak pengiklan melanggar terma dan syarat ini.